LRT bertembung: Tiga mangsa kritikal di ICU HKL

Hasimi Muhamad
Mei 25, 2021 18:43 MYT
Seramai tiga mangsa insiden pelanggaran membabitkan perkhidmatan tren LRT Laluan Kelana Jaya berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai tiga mangsa insiden pelanggaran membabitkan perkhidmatan tren LRT Laluan Kelana Jaya berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Heric Corray berkata dua daripadanya mengalami patah tulang, sementara seorang lagi mengalami kecederaan pada hati dan dada.
"Ketiga-tiga berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Dua mengalami patah tulang, yang mana satu mangsa dimasukkan ke wad dan satu lagi mengalami kepatahan tulang serta masih di jabatan kecemasan dan menunggu untuk masuk ke ortopadik. Manakala, satu lagi di wad kritikal," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Jelas beliau, secara keseluruhan seramai 67 mangsa insiden telah dibawa ke HKL, di mana 61 daripadanya merupakan warganegara.
BACA: LRT bertembung: Polis akan ambil keterangan pemandu tren
BACA: LRT bertembung: Rawatan mangsa tidak jejas wad COVID-19 HKL - Dr Adham
BACA: LRT bertembung: Enam masih parah, 15 separa parah, 43 tidak kritikal - Annuar Musa
Sementara, tiga mangsa dikenal pasti sebagai warganegara Indonesia, Filipina (satu); Iran (satu); dan seorang lagi masih belum dikenalpasti.
Tambah beliau lagi, 19 pesakit ketika ini sedang dirawat di zon kuning, dan 42 berada di zon hijau (tidak kritikal).
"Daripada 42 (di zon hijau), tiga daripada mereka memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana mengalami kecederaan ringan.
"39 lagi hanya mengalami kecederaan di tisu-tisu lembut dan telah dibenarkan keluar selepas menerima rawatan," katanya.
Insiden LRT | 47 penumpang dipercayai cedera parah, 166 cedera ringan
Jelas beliau, seramai 300 kakitangan HKL terlibat dalam memberikan rawatan kepada mangsa.
#LRT insiden #LRT berlanggar #HKL #Wee Ka Siong #LRT bertembung #LRT #unit rawatan rapi #ICU #Dr Heric Corray #Pengarah Hospital Kuala Lumpur
;