LRT bertembung: Rawatan mangsa tidak jejas wad COVID-19 HKL - Dr Adham

Bernama
Mei 25, 2021 16:56 MYT
64 mangsa yang cedera dalam insiden itu ditempatkan di wad HKL, dengan enam orang kritikal manakala tiga memerlukan bantuan alat pernafasan. - Gambar fail/ Bernama
PUTRAJAYA: Rawatan terhadap mangsa kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya tidak menjejaskan pengurusan rawatan untuk pesakit COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata 64 mangsa yang cedera dalam insiden semalam itu ditempatkan di wad HKL, dengan enam daripada mangsa kritikal manakala tiga memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator) dan tiga lagi berada di bilik pembedahan.
"Wad COVID-19 di HKL tidak terganggu dan masih boleh menggunakan kemudahan peralatan perubatan sedia ada.
"Ventilator sudah diagihkan untuk kes tertentu di wad COVID-19, unit rawatan rapi (ICU) dan kritikal. Ini tidak mengganggu kegiatan biasa dan kegiatan merawat pesakit COVID-19," katanya pada sidang media Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya bersama-sama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin hari ini.
BACA: Nahas LRT bertembung: Ini kronologi dan laporan awal APAD
BACA: Laporan awal: Nahas 2 LRT bertembung disebabkan kecuaian manusia - MOT
Dua tren LRT laluan Kelana Jaya, sebuah membawa penumpang dan sebuah lagi tren rosak yang sedang dipandu uji telah bertembung dalam kejadian pada 8.45 malam semalam di kawasan terowong antara Stesen Kampung Baru dan KLCC, menyebabkan 213 penumpang cedera.
Kemalangan Tren LRT | Enam parah, 15 lagi separa parah - Annuar Musa
#LRT bertembung #klana jaya #kemalangan LRT #KLCC #Kampung Baru #mangsa #tidak jejas #wad covid-19 #HKL #Dr Adham
;