LRT bertembung: PM arah siasatan penuh, ambil tindakan tegas segera

Astro Awani
Mei 24, 2021 23:24 MYT
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau memandang serius kejadian ini serta mendesak supaya tindakan tegas diambil dengan segera. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan siasatan penuh terhadap insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung dalam kemalangan berhampiran stesen KLCC malam ini.
Menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya, Muhyiddin berkata beliau memandang serius kejadian ini serta mendesak supaya tindakan tegas diambil dengan segera.
“Saya memandang serius kemalangan ini dan telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Prasarana Malaysia Berhad untuk melakukan siasatan penuh untuk mengenal pasti punca kemalangan ini, dan tindakan yang tegas harus diambil dengan segera.
Ujarnya, keutamaan harus diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
“Saya telah mengarahkan semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mangsa mendapat rawatan yang menyeluruh memandangkan kita juga berada dalam gelombang pandemik COVID-19 yang sedang meningkat naik,” katanya.
Insiden LRT | Bomba alami kesukaran bawa keluar mangsa
Penumpang cedera, LRT Kelana Jaya terbabit dalam kemalangan
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mendoakan agar keselamatan penumpang serta kerja-kerja menyelamat dipermudahkan dan mereka yang cedera diberikan rawatan segera.
BACA: Kemalangan LRT laluan Kelana Jaya berhampiran stesen KLCC
BACA: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC
Insiden LRT | 47 penumpang dipercayai cedera parah, 166 cedera ringan
Terdahulu, sejumlah penumpang mengalami kecederaan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam kemalangan berhampiran Stesen KLCC dan Kampung Baru malam ini.
Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, terdahulu berkata perkhidmatan LRT yang terbabit kemalangan melibatkan tren bernombor 40 dan 81.
Insiden LRT | Skuad 'task force' akan ditubuhkan siasat insiden pertembungan LRT - Wee Ka Siong
Kejadian itu menyaksikan seramai 47 penumpang parah manakala 166 cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata semua mereka sudah dikeluarkan dan dihantar ke hospital.
#LRT Kelana Jaya #siasatan penuh #Perdana Menteri #Muhyiddin Yassin #Kementerian Pengangkuta #prasarana
;