LRT bertembung: Jawatankuasa siasatan ditubuh - MOT

Harits Asyraf Hasnan
Mei 25, 2021 09:35 MYT
Jawatankuasa siasatan yang terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi ditugaskan segera untuk mengumpul semua laporan siasatan sebelum dibentangkan sebagai laporan akhir. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan susulan nahas melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung pada Isnin malam.
Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata jawatankuasa siasatan yang terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi ditugaskan segera untuk mengumpul semua laporan siasatan sebelum dibentangkan sebagai laporan akhir.
BACA: Yang di-Pertuan Agong zahir dukacita insiden LRT bertembung
BACA: Nahas LRT bertembung: Ini kronologi dan laporan awal APAD
"Mereka perlu melengkapkan satu laporan dan dihantar kepada saya dalam tempoh 14 hari daripada kejadian semalam.
"Ini bermaksud mereka cuma ada 13 hari untuk menyiapkan laporan akhir kepada saya sebelum saya mengangkatnya sebagai nota kepada jemaah menteri," ujarnya dalam sidang media di sini hari ini.
BACA: Laporan awal: Nahas 2 LRT bertembung disebabkan kecuaian manusia - MOT
Berikut merupakan senarai anggota jawatankuasa tersebut.
PENGERUSI
DATUK ISHAM ISHAK
Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
TIMBALAN PENGERUSI
NORMAH OSMAN
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
AHLI
WAN MOHD ASRAF WAN SALLEH
Setiausaha Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
AZLIN SABTU
Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
BRIG. JENERAL IZANI ISMAIL
Ketua Inspektor Kemalangan Udara, Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
TENAGA PAKAR YANG DICADANGKAN
YUSLIZAR DAUD
Bekas Ketua Bahagian Rel, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
ANTHONY AROKIANATHAN
Maintenance Support Signalling Manager, ERL Maintenance and Services Sdn. Bhd. (EMAS)
PROF. MADYA DR. NOR AZIATI ABDUL HAMID
Pusat Kecemerlangan Industri – Rel (ICOE-REL), Institut Kejuruteraan Integrasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
PROF. DR. WONG SHAW VOON
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM)
SEKRETARIAT
MOHD SHAHRIMAN SHAFEIN
Ketua Pengarah Keretapi, Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
[TERKINI] Sidang media perkembangan insiden membabitkan dua LRT
#Wee Ka Siong #SPAD #LRT #undang-undang #Jawatankuasa Siasatan #LRT bertembung #insiden LRT #pelanggaran LRT #LRT berlanggar