LRT Bertembung: 3 mangsa keluar ICU, dalam pemantauan pakar bedah saraf

Fareez Azman
Jun 10, 2021 18:55 MYT
Dalam kejadian kira-kira jam 8.33 malam pada 24 Mei lalu, tren 240 dan 181 bertembung berhampiran Stesen KLCC mengakibatkan 47 penumpang cedera parah, manakala 166 mengalami kecederaan ringan. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Tiga penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) sudah dibenarkan keluar dari unit itu dan kini diletakkan di bawah pemerhatian pakar bedah saraf.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata ketiga-tiga mangsa itu menunjukkan perkembangan positif.
"Kementerian memandang berat isu ini dan kita begitu prihatin dengan penumpang yang tercedera. Sukacita saya laporan kesemua sudah keluar dari ICU dan berada di wad-wad di bawah pemerhatian neurosurgeon.
"Kita berasa lega kerana mereka mendapat penjagaan kesihatan yang rapi oleh kumpulan pakar HKL," katanya pada sidang media secara maya ketika membentangkan Laporan Jawatankuasa Siasatan Insiden Perlanggaran Tren LRT Kelana Jaya pada Khamis.
BACA: LRT bertembung: Laporan siasatan sah insiden akibat kecuaian, pengabaian SOP
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas HKL yang bertungkus lumus dalam memberikan rawatan terbaik kepada semua mangsa insiden itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.33 malam pada 24 Mei lalu, tren 240 dan 181 bertembung berhampiran Stesen KLCC mengakibatkan 47 penumpang cedera parah, manakala 166 mengalami kecederaan ringan.
Nahas LRT | Keluarga tuntut pampasan RM1.8 juta
#LRT bertembung #Stesen KLCC #Stesen Kampung Baru #kemalangan #insiden #laluan klana jaya #mangsa #cedera #ICU #HKL
;