LPT1 dibuka semula kepada semua lalu lintas

Fauzi Suhaimi
Januari 3, 2021 15:48 MYT
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 dari Kuantan ke Kuala Lumpur kini buka semula kepada semua lalu lintas. - Gambar Ihsan ANIH Berhad
KUALA LUMPUR: Laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 dari Kuantan ke Kuala Lumpur ditutup selepas dinaiki air susulan hujan lebat berterusan kini mula dibuka kepada semua lalu lintas.
Pegawai Jabatan Komunikasi Korporat ANIH Berhad, Fazlyaton Hussein berkata, operasi itu melibatkan semua lorong di kilometer (km) 198 di kedua-dua arah.
"Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk terus mematuhi arahan petugas di lokasi," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Fazlyaton menambah, pihaknya turut menasihatkan orang ramai agar mengikuti status dan perkembangan perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH iaitu twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur.
Pagi tadi, laluan sepanjang 1 kilometer (km) di Km 198 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1, antara persimpangan bertingkat Sri Jaya dan Persimpangan Bertingkat Gambang, ditutup selepas dinaiki air sedalam 0.6 meter.
Banjir: LPT tutup semua lorong di KM 198 arah Timur, Barat
#Laluan Lebuhraya Pantai Timur #LPT1 #banjir #dibuka semula #air naik #hujan lebat #Anih Berhad #Kuantan #Kuala Lumpur
;