Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati pengguna media sosial supaya tidak mempercayai bulat-bulat apa yang tersebar di Internet berhubung kes rusuhan di Plaza Low Yat baru-baru ini.
Beliau berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab memuat naik gambar-gambar palsu di media sosial hanya sekadar menghangat kes ini dan memberi perspektif tidak tepat kepada orang ramai.
"Saya sarankan supaya jangan mudah percaya apa yang berlaku di media sosial. Tenang, dan biarkan polis menyelesaikan kes ini kerana mereka mempunya keupayaan untuk menjaga ketenteraman awam.
"Apa yang berlaku di media sosial, jangan mudah percaya," katanya lagi dalam satu sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal dan individu dalam program 'Nur Ramadan Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Gelandangan Kuala Lumpur' di Pusat Gelandangan Sementara, Medan Tuanku di sini.
Turut menghadiri program itu adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Najib juga berkata, kebebasan di media sosial wajar dikaji secara mendalam berikutan kes rusuhan itu.
Sebelum ini, tiga individu yang ditahan dalam rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat awal pagi tadi direman tiga hari bermula Ahad.
Peguambela Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, ada tiga kemungkinan yang akan berlaku esok, sama ada pihak polis akan memohon untuk melanjutkan tahanan reman, menuduh individu terlibat di mahkamah atau membebaskan mereka dengan jaminan.
Khairul berkata, beliau telah menemui tiga individu terlibat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam dan mereka ternyata terkejut dengan insiden yang berlaku.
Sekurang-kurangnya tiga orang cedera termasuk seorang wartawan manakala empat individu ditahan susulan kejadian rusuhan berhampiran Plaza Low Yat yang berlaku awal hari ini.
Sebelum itu, polis pada Sabtu telah menahan seorang remaja lelaki berusia 22 tahun, dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di pusat membeli-belah tersebut.
Kejadian pada 7.38 malam Sabtu itu dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek yang ditahan pegawai keselamatan Plaza Low Yat kerana dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.
Mariah Ahmad
Mon Jul 13 2015
![Low Yat: 'Jangan percaya maklumat di media sosial, serah sahaja pada polis' - Najib Low Yat: 'Jangan percaya maklumat di media sosial, serah sahaja pada polis' - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51436785319_NAJIBHOMELESS.jpg)
Najib (kiri) memberi sumbangan kepada seorang kanak-kanak di program 'Nur Ramadan' hari ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720494952_pelajarsekolahber.jpg)
Mula-mula bergurau, kemudian bergaduh
Tindakan telah diambil di mana seramai empat pelajar berusia 16 hingga 17 tahun ditahan.
![Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715825810_ZainolSamahketua.jpg)
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
![Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
![Polis giat kesan warga asing gaduh guna tongkat di lebuh raya Polis giat kesan warga asing gaduh guna tongkat di lebuh raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707603581_TBpergaduhan.jpg)
Polis giat kesan warga asing gaduh guna tongkat di lebuh raya
Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian berlaku akibat ketidakpuasan suspek kerana dihalang ketika menggunakan laluan kecemasan.
![Dua suspek ditahan kes gaduh di kedai makan Dua suspek ditahan kes gaduh di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649247488_TBGARI.jpg)
Dua suspek ditahan kes gaduh di kedai makan
Kedua-dua lelaki berusia 40 dan 38 tahun itu ditahan pada Ahad di dua lokasi berbeza.
![Gaduh guna senjata, dua lelaki ditahan Gaduh guna senjata, dua lelaki ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705962209_Gaduhditahan.jpg)
Gaduh guna senjata, dua lelaki ditahan
ACP Mohd Iqbal berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial mengenai sekumpulan lelaki bergaduh.
![Siasatan kes gaduh perlawanan TFL lengkap, 6 ditahan Siasatan kes gaduh perlawanan TFL lengkap, 6 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705793093_TBbolagaduh.jpg)
Siasatan kes gaduh perlawanan TFL lengkap, 6 ditahan
Kertas siasatan sudah dilengkapkan dan akan dirujuk terlebih dahulu ke Bukit Aman sebelum proses selanjutnya dilakukan.
![Gaduh guna senjata, tiga lelaki ditahan Gaduh guna senjata, tiga lelaki ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701744987_TBGaduhjpg.jpg)
Gaduh guna senjata, tiga lelaki ditahan
Kesemua suspek berusia 26 hingga 28 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua lokasi berbeza.
![15 individu ditahan terlibat pergaduhan dua keluarga 15 individu ditahan terlibat pergaduhan dua keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/41581582041_gaduh.jpg)
15 individu ditahan terlibat pergaduhan dua keluarga
Seramai 15 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan yang membabitkan dua keluarga di kejiranan yang sama.
![Polis panggil lima individu kes gaduh dengan penghantar barangan Polis panggil lima individu kes gaduh dengan penghantar barangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Polis panggil lima individu kes gaduh dengan penghantar barangan
Kejadian tular di media sosial menerusi dua rakaman video berdurasi tiga minit 15 saat dan dua minit 15 saat.