Lorong motosikal Kesas arah KL ditutup Sabtu dan Ahad

Bernama
Januari 5, 2023 14:46 MYT
Jabatan Perhubungan Awam Kesas Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini berkata penutupan itu bagi pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna motosikal di lebuh raya itu. - Gambar fail
SHAH ALAM: Lorong motosikal arah timur, menghala ke Kuala Lumpur di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) akan ditutup sementara kepada orang ramai pada Sabtu dan Ahad ini untuk kerja-kerja penambahbaikan.
Jabatan Perhubungan Awam Kesas Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini berkata penutupan itu bagi pelaksanaan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna motosikal di lebuh raya itu.
"Lorong dari kilometer (KM) 44.50 hingga KM45.00 di Persimpangan Bertingkat Kinrara ditutup pada Sabtu ini manakala dari KM24.30 hingga KM24.90 di Persimpangan Bertingkat Kebun ditutup pada Ahad.
"Pengguna Kesas dinasihatkan supaya berhati-hati dan patuhi papan tanda yang disediakan di kawasan berkenaan, dan sebarang pertanyaan boleh hubungi talian kecemasan KESAS di 03-56337188 atau layari www.kesas.com.my atau media sosial rasmi di Facebook dan Twitter," katanya.
-- BERNAMA
#Lebuhraya Shah Alam Kesas #pelaksanaan kerja baik pulih jalan #Persimpangan Bertingkat Kebun #laman media sosial Kesas
;