Lorong kanan dan tengah dua laluan di Lebuh Raya DASH ditutup

Nickyson Nyambar
Jun 19, 2021 23:28 MYT
PLUS dalam masa sama menasihati agar pengguna jalan raya supaya terus berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan di lokasi berkenaan. - Sumber foto PDRM
KUALA LUMPUR : Lorong kanan dan tengah laluan dari KM19.8 – KM 19.2 arah utara dan KM 19.8 – KM19.2 arah selatan berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan ditutup.
Menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan pada Sabtu, penutupan itu dilakukan untuk memudahkan kerja pengalihan susulan kejadian runtuhan perancah besi di kawasan berkenaan.
"Lorong berkenaan akan ditutup untuk memudahkan kerja pengalihan runtuhan," katanya.
PLUS dalam masa sama menasihati agar pengguna jalan raya supaya terus berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan di lokasi berkenaan.
Terdahulu, dua pekerja pembinaan dipercayai cedera selepas perancah besi atau ‘scaffolding’ lebuh raya yang sedang dalam pembinaan jatuh berhampiran Plaza Tol DASH susur keluar Kota Damansara, pada petang Sabtu.
Dua mangsa yang terlibat itu dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk menerima rawatan.
BACA: Dua pekerja cedera, perancah besi di Lebuh Raya DASH jatuh
#Runtuhan perancah besi #dua cedera #Lebuh Raya DASH #PLUS #perancah besi #scaffolding
;