Lorong kanan antara Putrajaya ke Plaza Tol Putrajaya /Lebuh Raya Elite ditutup mulai 29 Mac - PLUS

Bernama
Mac 25, 2021 04:09 MYT
PLUS menasihatkan pengguna jalan raya yang menghala ke Plaza Tol Putrajaya/Lebuh raya ELITE agar merancang perjalanan dengan menggunakan Aplikasi PLUS.
KUALA LUMPUR: Lorong kanan antara Putrajaya ke Plaza Tol Putrajaya/Lebuh raya ELITE di KM2.2 hingga KM2.0 (Arah Utara) di Lingkaran Putrajaya akan ditutup selama 21 hari kepada semua kenderaan mulai 29 Mac hingga 19 April untuk kerja penyelenggaraan jalan.
Plus Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataannya bagaimanapun memaklumkan lorong kiri dan laluan kecemasan di lebuh raya tersebut masih boleh dilalui semua kenderaan.
Justeru PLUS menasihatkan pengguna jalan raya yang menghala ke Plaza Tol Putrajaya/Lebuh raya ELITE agar merancang perjalanan dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapat maklumat trafik terkini melalui paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang disediakan.
Menurut kenyataan itu, pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi berkenaan.
PLUS juga menasihatkan pelanggan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan PLUS ketika melalui kawasan penyelenggaraan terbabit.
-- BERNAMA
#PLUS #Plaza Tol Putrajaya #Lebuh Raya Elite #Lingkaran Putrajaya #Lorong kanan ditutup #PLUSRonda
;