Lori terbalik: Beras, mihun 'menangis' di lebuh raya

Afiezy Azaman
April 16, 2019 12:25 MYT
Keadaan beras dan mihun yang bertaburan akibat kemalangan yang berlaku di lebuh raya. - Foto ihsan PDRM
Seorang kelindan mengalami kecederaan selepas lori dinaikinya terbabas di susur masuk ke Tol Subang dari arah Damansara, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata dalam kejadian pada 10 pagi itu lori berkenaan membawa muatan beras dan mihun sebelum terbabas dan terbalik.
Kemalangan itu juga membuatkan beras dan mihun yang dibawa lori berkenaan bertaburan dan terbazir di atas jalan raya.
“Kelindan lori mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan lutut, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kemalangan itu menyebabkan pergerakan trafik perlahan kerana hanya dua lorong sahaja yang dibuka namun anggota trafik telah berada di lokasi untuk membuat kawalan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Ketika ini kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan.
#beras #kelindan #kemalangan #Ketua Polis Daerah Petaling Jaya #Lori #Mee Hoon #Mohd Zani Che Din #trafik perlahan
;