Lori tangki terbakar di lebuh raya PLUS, lalu lintas sesak lima kilometer
Abd Razak Mohd Ali
November 13, 2019 14:54 MYT
November 13, 2019 14:54 MYT
Sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terbakar di Kilometer 268 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Ipoh pada Rabu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 11.16 pagi.
Menurutnya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya ke lokasi untuk operasi pemadaman.
“Lori tangki muatan minyak itu terbakar 60 peratus dan kerja pemadaman dijalankan tetapi tidak melibatkan kemalangan jiwa,” katanya di sini.
Sementara itu, menurut pihak PLUS, bagi mengurangkan kesesakan laluan ke utara secara kontra dibuat di samping melalui kawasan parkir sementara.