Lori tangki terbabas dekat Terowong Menora, trafik sesak 7km

Aida Aziz
November 27, 2019 14:44 MYT
Kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan menyebabkan kesesakan sepanjang tujuh kilometer pagi ini. - Foto JBM Perak
Satu kemalangan yang membabitkan sebuah lori tangki muatan simen 56 tan terjadi di Kilometer 258.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan hari ini.
Kenderaan berat yang telah terbabas dengan sendiri dalam perjalanan dari Sungai Perak ke Terowong Menora itu menyebabkan trafik sesak sepanjang tujuh kilometer.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kemalangan itu menyebabkan lorong kanan dan tengah terhalang.
Bagaimanapun, tiada kecederaan mangsa dilaporkan setakat ini.
"Insiden berlaku jam 7.22 pagi dan proses pengalihan sedang dijalankan. Trafik sesak tujuh kilometer menghampiri lokasi.
"Hebahan telah dibuat menerusi media sosial dan aplikasi mobile LLM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

12.01pm PLUS@E1 : Status terkini - trafik sesak 7 km dari Sg.Perak ke Terowong Menora (kemalangan di KM 258.3 SB, lorong tengah & kanan masih terhalang). Kerja-kerja pengalihan/pembersihan sedang dijalankan. Hati-hati memandu. pic.twitter.com/30rQ7KXzlt

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) November 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#kemalangan #Lebuhraya Utara Selatan #Lembaga Lebuhraya Malaysia #Lori #muatan simen #penumpang lori #terbabas sendiri #Terowong Menora #trafik sesak
;