Lori tangki petrol terbabas, pemandu warga emas maut

Azee Shafy
April 2, 2022 20:58 MYT
Berdasarkan siasatan awal, lori dipandu mangsa yang berusia 62 tahun itu hilang kawalan lalu terbabas memasuki parit. - Gambar/ JBPM
PEKAN: Pemandu lori tangki yang membawa muatan perol maut dalam kemalangan di Kampung Runchang, Jalan Kuantan-Muadzam, dekat sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, berdasarkan siasatan awal, lori dipandu mangsa yang berusia 62 tahun itu hilang kawalan lalu terbabas memasuki parit.
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chini dikejarkan ke lokasi kejadian dan bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal oleh kakitangan perubatan di tempat kejadian," katanya di sini, hari ini.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin memberitahu, mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Tahir Baharom dan dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Segamat.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
#kemalangan maut #lori tangki #Pekan #Muadzam
;