Sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak petrol dan diesel dari Port Dickson terbabas dan terbalik ketika memasuki plaza tol Port Dickson-Seremban di sini, hari ini.
Bagaimanapun, pemandunya yang berusia 40-an selamat. Pemandu lori terbabit yang cedera dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 10 pagi itu, pemandu lori tangki itu dipercayai gagal mengawal lorinya ketika membelok ke arah plaza tol lalu terbabas dan terbalik.
"Kejadian itu berlaku ketika lori tangki itu dalam perjalanan dari arah Port Dickson menuju ke Kuala Lumpur. Kejadian itu juga mengakibatkan sebahagian minyak petrol dan diesel yang dibawa lori berkenaan tumpah di jalan raya.
"Ini menyebabkan plaza tol berkenaan terpaksa ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan oleh pasukan bomba.
"Ketika kejadian, lori tangki itu membawa 10,000 liter petrol Ron95 dan 12,600 liter diesel," katanya di sini.
Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba, Zulkefly Ahmad berkata sebanyak empat buah jentera termasuk satu pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu kerja-kerja pembersihan.
"Daripada siasatan awal, kita dapati ada bahagian tangki daripada kenderaan ini telah bocor menyebabkan beratus-ratus liter minyak petrol dan diesel telah tumpah ke jalan raya.
"Kita mengambil tindakan dengan menyembur buih bagi mengawal tumpahan petrol dan diesel ini dari terbakar," jelasnya.
Katanya, wakil daripada syarikat minyak terbabit akan datang untuk memindahkan baki minyak ke dalam lori tangki lain.
Bernama
Tue Apr 02 2013
![Lori tangki minyak terbalik, beratus liter minyak tumpah Lori tangki minyak terbalik, beratus liter minyak tumpah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/71364902050_295x200.jpg)
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Mekanik maut dirempuh tayar treler tercabut Mekanik maut dirempuh tayar treler tercabut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600099809_MotorsikalKemalangan.jpg)
Mekanik maut dirempuh tayar treler tercabut
Seorang mekanik maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh tayar belakang sebuah treler muatan balak yang tercabut, di Kilometer 48 Jalan Temerloh-Bandar Jengka/Jerantut di Maran dekat sini
![Lelaki maut setelah motosikal berkuasa tinggi rempuh lori di Simpang Pulai Lelaki maut setelah motosikal berkuasa tinggi rempuh lori di Simpang Pulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71457531472_IpohLorry.jpg)
Lelaki maut setelah motosikal berkuasa tinggi rempuh lori di Simpang Pulai
Mangsa yang menaiki motosikal berkuasa tinggi sedang dalam perjalanan ke Cameron Highland tersepit di bawah tayar lori berkenaan dan disahkan maut di tempat kejadian.
![Buruh direman tujuh hari, bantu siasatan kes kemalangan maut depan sekolah Buruh direman tujuh hari, bantu siasatan kes kemalangan maut depan sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61452770061_Kemalangan.jpg)
Buruh direman tujuh hari, bantu siasatan kes kemalangan maut depan sekolah
Pendaftar Mahkamah Sesyen Kajang Sharifah Fazilah Zulkifli mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berumur 39 tahun itu.
Lima lelaki maut dalam satu kemalangan di beluran
Lima lelaki, termasuk dua beradik, maut dalam satu kemalangan selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung sebuah lori ikan di Jalan Nangoh Paitan, Beluran pada Isnin.