Lori muatan bahan kimia terbalik di lebuh raya
Aida Aziz
Disember 18, 2020 12:12 MYT
Disember 18, 2020 12:12 MYT
SLIM RIVER: Sebuah lori membawa muatan bahan kimia terbabas dan terbalik di Kilometer 366 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini, hari ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden kebocoran bahan kimia itu pada jam 8.29 pagi.
Justeru, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya jentera di lokasi kejadian, bomba mendapati terdapat sebuah lori terbabas dan terbalik.
"Pemandu lori tersebut yang cedera di tangan dan kaki seterusnya dibawa keluar oleh orang awam dan kemudian dihantar ke Hospital Slim River," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, bahan kimia yang dikenal pasti adalah amines liquid, corrosive (UN 2735), sulfuric acid (UN 2796) dan environmental hazardous substances liquid (UN 3082).
"Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian diarahkan membuat kerja 'identify the problem' dan setelah dikenal pasti bahan, ia seterusnya diasingkan.
"Manakala bahan yang tertumpah dilakukan 'covering' menggunakan serbuk kayu," tambahnya.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.16 pagi.
#Lori
#bahan kimia
#terbalik
#Lebuhraya PLUS
#Lebuhraya Utara Selatan
#JBPM Perak
#kebocoran
#terbabas