Lori minuman ringan terbalik melintangi jalan
Adie Sufian Zulkefli
Januari 9, 2020 06:49 MYT
Januari 9, 2020 06:49 MYT
Sebuah lori lima tan yang membawa muatan minuman ringan terbalik di kilometer 53.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, pada Khamis.
Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, dua lelaki dipercayai pemandu dan kelindan berusia 20-an terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 8.26 malam.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nozlan Zakaria tiba di lokasi jam 8.56 malam.
Operasi disertai sembilan anggota bersama dua jentera termasuk Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah motosikal Rapid Intervention Motorcycle (RIM).
Mohamadul Ehsan berkata, kedua-dua mangsa tidak tersepit dan tidak cedera.
#Alor Setar
#bomba
#cedera
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Kedah
#kemalangan
#Malaysia
#operasi
#perubatan