Lori LPG meletup, seorang warga asing maut
Hakim Rahman
Mei 14, 2015 19:00 MYT
Mei 14, 2015 19:00 MYT
Sebuah lori tangki LPG yang diletakkan di sebuah kilang di Jalan Kapar, Klang meletup menyebabkan seorang pekerja asing warganegara Bangladesh terbunuh, manakala seorang warga India melecur teruk.
Warga Bangladesh itu dikenal pasti sebagai Joj-miah, 32 tahun, manakala warga India dikenali sebagai Tage, 32 tahun, kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang.
Beliau memberitahu bahawa pihaknya menerima panggilan kira-kira 9.45 pagi tadi mengenai kejadian itu.
"Joj-miah sedang melakukan kerja kimpalan ketika kejadian itu. Dia maut selepas terjatuh dari bahagian atas tangki dipercayai akibat letupan itu, manakala rakannya melecur hampir 40 peratus," katanya.
Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.