JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut, manakala ibunya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah lori di Kilometer Empat, Jalan Mawai-Kuala Sedili dekat Kota Tinggi, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kejadian berlaku semasa wanita berusia 21 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda bersama anaknya itu dalam perjalanan dari Kuala Sedili ke Mawai, apabila dilanggar daripada arah belakang oleh sebuah lori jenis Nissan, dipandu lelaki berusia 21 tahun pada pukul 11.55 pagi.
"Akibat pelanggaran itu, wanita terbabit cedera parah manakala anaknya pula meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata wanita itu dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk menerima rawatan manakala pemandu lori itu dan seorang kelindan lelaki, 25, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Hussin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 21 2021
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut, manakala ibunya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah lori dekat Kota Tinggi. -Gambar fail
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Polis jalankan siasatan video upacara keagamaan
Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan satu upacara keagamaan di sebuah tokong di negeri ini yang berlatar belakangkan runut bunyi selawat.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
Penunggang maut dalam nahas lima kenderaan di LPT1
Muhammad Al-Faries Faiz yang beralamat di Kampung Sungai Rambai, Sega, Raub mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Penghadang Lebuhraya DUKE dirempuh lori, jatuh hempap kereta
Lori yang dipandu warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh tembok penghadang.
Ops Samseng Jalanan: Anggota trafik alami simptom hilang memori selepas bertembung
Anggota polis trafik yang parah selepas bertembung dengan motosikal lain di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), kini bergelut dengan simptom kehilangan memori.
Kanak-kanak 10 tahun pandu kereta, akibatkan kemalangan
Seorang kanak-kanak lelaki dikesan memandu sebuah kereta milik ibu bapanya sehingga mengakibatkan kemalangan dengan dua kenderaan lain.
Seorang maut, tiga cedera lori terbalik masuk longkang
Kemalangan itu membabitkan lori yang dipercayai terbabas dan terbalik ke dalam longkang.
Empat kenderaan bertembung gara-gara pemandu terlelap
Empat kenderaan bertembung gara-gara seorang pemandu dipercayai terlelap dalam kejadian di Kilometer 46, Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja di sini pada petang Sabtu.
Remaja Thailand maut dirempuh motosikal di Sungai Petani
Mangsa, Phanchakan Kasiwat yang berusia 19 tahun maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.
Pemandu treler maut, nahas lima kenderaan di PLUS arah utara
Kemalangan melibatkan lima buah kenderaan termasuk tiga buah treler, sebuah lori satu tan dan sebuah MPV Toyota Vellfire.
Pemandu lori maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu lori kontena, treler dan Proton Persona di KM 441.2 PLUS di Rawang, awal pagi ini.
PM hulur sumbangan kepada anggota polis pengiring terlibat kemalangan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada seorang anggota polis yang terlibat dalam kemalangan ketika mengiringi beliau.