JOHOR BAHRU: Pegawai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah lori yang membawa minuman keras tanpa cukai dalam satu kejadian kejar mengejar di kawasan Iskandar Puteri di sini, semalam.
Insiden berkenaan berlaku susulan pemandu lori terbabit enggan berhenti ketika ditahan sehingga melanggar kereta peronda MPV polis dalam kejadian pada jam 1.12 pagi itu.
Insiden tegang itu berlangsung kira-kira sejam dan sejauh 20 kilometer bermula dari Jalan Danga Bay hingga berjaya ditahan di Susur Tol Lima Kedai di sini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan dari pegawai Kastam terbabit untuk menahan sebuah lori yang disyaki membawa muatan tidak bercukai.
Katanya tiga unit kereta peronda MPV diarah ke lokasi dan pemandu lori berusia 40an itu berjaya ditahan di Jalan Tuas Lima Kedai, di sini.
"Sebelum berjaya ditahan, lori tersebut telah melanggar sebuah kereta peronda MPV polis sehingga mengalami kerosakan pada bahagian belakang, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
"Pemandu lori ditahan dan lori tersebut dengan muatan minuman keras itu dirampas.
"Semakan rekod lampau mendapati suspek mempungai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Suspek direman 10 hari bermula hari ini hingga 1 Mei depan untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini
Jelas Kamarul Zaman, pihaknya akan bekerjasama dengan JKDM dalam memastikan saki-baki ahli sindiket penyeludupan termasuk beberapa kumpulan 'tonto' dibenteras.
Katanya mereka ini telah mengancam keselamatan penguatkuasa dan perkara ini dianggap mencabar pihak berkuasa dalam melaksanakan tugas.
"Polis menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh membantu siasatan ini agar menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Fakhira Mat Radzi ditalian 017-2123370.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967, Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 39D Akta Senjata 1960 kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajibannya," katanya.
Sebelum itu, tular video berdurasi 1 minit 22 saat itu melihatkan kenderaan kastam pada mulanya telah membunyikan siren bagi meminta lori berkenaan untuk berhenti.
Bagaimanapun secara tiba-tiba, lori tersebut berhenti secara mengejut di tengah jalan sebelum cuba mengundur dan melanggar kenderaan pihak berkuasa.
Video berkenaan turut menyaksikan anggota JDKM kemudian telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar lori berkenaan.
Lori itu bagaimanapun terus melarikan diri dan memandu secara melulu.
Aiman Hakeem Awazmin
Fri Apr 22 2022
![Lori bawa muatan tanpa cukai langgar MPV polis, pegawai JKDM lepaskan tembakan Lori bawa muatan tanpa cukai langgar MPV polis, pegawai JKDM lepaskan tembakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650625457_muatantanpacukail.jpg)
Keadaan kereta peronda MPV polis yang mengalami kerosakan pada bahagian belakang selepas dilanggar lori. - Foto PDRM
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Dua lelaki ditahan seludup minuman keras dari Labuan Dua lelaki ditahan seludup minuman keras dari Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621668004_Botkaramduapenye.jpg)
Dua lelaki ditahan seludup minuman keras dari Labuan
Tindakan dua lelaki yang cuba menyeludup minuman keras gagal apabila bot dinaiki mereka karam selepas bergeser dengan bot Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Tanjung Aru, di sini, malam tadi.