KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu menyebarkan berita palsu melalui rakaman audio visual mengenai vaksin dan virus COVID-19, pada April dan Mei lepas.
Lokman, 48, selaku Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim M. M. Edwin Paramjothy.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Lokman didakwa menyebarkan berita tidak benar melalui rakaman audio visual tentang kemasukan warga India ke Malaysia yang menjadi penyebab penyebaran virus COVID-19 dan kematian seorang pegawai polis yang dikaitkan dengan vaksin.
Penyebaran itu melalui aplikasi media sosial Facebook atas nama profil "Lokman Adam" itu dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan kepada orang awam yang didakwa dilakukan pada 10.55 malam, 3 Mei dan 10.38 malam, 9 April lepas.
Dua rakaman itu kemudian dilihat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, di sini pada 4.40 petang, 9 Mei dan 8.55 malam, 11 April.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport OKS diserahkan kepada mahkamah.
"Pihak kami memohon untuk penyerahan pasport OKS kerana kawasan Lembah Klang akan memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kemungkinan sempadan negara akan dibuka tidak lama lagi," katanya.
Peguam Logen Eskander yang mewakili Lokman memohon jaminan rendah serta pasport anak guamnya tidak ditahan atas alasan sempadan negara masih belum dibuka.
"Anak guam saya kini tidak bekerja dan membantu isterinya menjual sate selain masih menanggung 11 orang anak mereka," kata Logen.
Mahkamah membenarkan Lokman diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Nov depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 01 2021
Lokman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan menyebarkan berita tidak benar melalui rakaman audio visual tentang vaksin dan penyebaran COVID-19 pada April dan Mei lalu. - Foto BERNAMA
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong
Berlangsung hujung minggu ini, acara Rock In The Jungle bakal menghimpunkan kumpulan-kumpulan rock terkemuka bukan sahaja dari Malaysia, juga negara jiran Singapura dan Indonesia.
TH larang syarikat haji, umrah promosi visa mujamalah, furada
Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen di bawah Lembaga Tabung Haji tidak dibenarkan mempromosikan pakej visa mujamalah atau furada.
Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'
Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.
Kerja pembaikan SMK Lutong akan dilakukan segera
Kerja-kerja pembaikan asas SMK Lutong, Miri yang terjejas akibat ribut pada hujung minggu lalu akan dilakukan dengan segera.
Terus bersatu meraikan kepelbagaian dan kepercayaan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu rakyat di negeri itu terus bersama-sama sebagai satu masyarakat bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan
Hujan berterusan di timur Sabah hingga 30 Disember
MetMalaysia keluarkan amaran ramalan cuaca signifikan berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun lemah dijangka berlaku pada 28 hingga 30 Disember 2024.
Penduduk perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh
Perancangan jangka panjang sedang dirangka bagi membantu mangsa insiden angin kencang di penempatan atas air di Semporna.
Utamakan keselamatan, rai dengan keceriaan - Bomba Sabah
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Zainal@Jainal Madasin berkata, masyarakat perlu berwaspada terhadap sebarang risiko termasuk kebakaran, kemalangan, serta banjir.
14 barangan di bawah SHMMP bermula 23 hingga 27 Disember
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah mewartakan 14 jenis barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Sempena Hari Krismas.
Pengurus Besar Perak FC umum letak jawatan berkuat kuasa 1 Jan ini
Pengurus Besar Perak FC Neow Choo Seong mengumumkan peletakan jawatan dalam pasukan itu berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Hina mahkamah: Lokman Adam mohon maaf, dikenakan bon berkelakuan baik
Mahkamah Persekutuan mengenakan bon berkelakuan baik selama setahun ke atas Lokman Adam bagi kesalahan menghina mahkamah membabitkan isu 1MDB.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam terhadap Ismail Sabri, kerajaan bermula 9 Okt
Kes Lokman Adam yang didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan diteruskan 9 Oktober.
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu mengenai vaksin, COVID-19
Hakim membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dihadapi Lokman.
Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam bermula September
Perbicaraan Lokman Noor Adam yang didakwa membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan bermula September ini.
Noh yang sebenarnya kaki bodek - Isham
Isham Jalil membidas kenyataan bekas pemimpin parti itu, Tan Sri Noh Omar yang mendakwa UMNO kini hanya tinggal kaki bodek, kalah dalam pemilihan ketua bahagian dan cawangan.
Bicara kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman Adam bermula 29 Jan 2024
Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari bermula 29 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes saman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas Ahli MT UMNO Datuk Lokman Noor Adam.
Pemecatan batal, Lokman Adam kembali jadi Ahli MKT
Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kepadanya melalui panggilan telefon.
Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul
Khidmat mereka ini adalah secara sukarelawan dan bukannya mendapat gaji tetap setiap bulan, jelas Hasrul
Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Lokman Adam mungkin dapat diselesaikan tanpa perbicaraan
Saman fitnah yang difailkan Ismail Sabri terhadap Lokman mungkin akan diselesaikan tanpa perbicaraan.