Lokasi tragedi ragut nyawa Boon Huat tidak selamat

Astro Awani
Ogos 2, 2013 15:21 MYT
Semalam Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian Pemain Hoki Kebangsaan, Chua Boon Huat yang maut apabila kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air.
Kereta yang dipandunya melanggar sebuah lori yang sedang digunakan untuk menyiram pokok bunga di kilometer 10.4, lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Kelana Jaya awal pagi semalam.
Kerja-kerja penyelanggaran yang dilakukan di sekitar jalan tersebut dikatakan selama ini tidak terkawal dan tiada pemantauan dilakukan.
Keadaan tersebut sememangnya boleh mengundang kemalangan kepada individu yang tidak biasa menggunakan jalan tersebut.
Ikuti video bersama wartawan Astro Awani yang sempat meninjau keadaan ini.
#chua boon huat #kemalangan #Pemain Hoki Negara
;