Logo VMY2020: Paling penting mesejnya sangat jelas - Uzaidi

Wan Syamsul Amly
Januari 29, 2018 09:31 MYT
UZAIDI: Ada yang suka sesuatu logo tapi ada juga yang tidak suka sebab masing-masing mempunyai cita rasa sendiri.
Logo Visit Malaysia Year 2020 (VMY2020) memaparkan mesej yang sangat terang dan mempunyai elemen penting dalam pelancongan.
Mempertahankan logo yang dikritik pengguna media sosial, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) Uzaidi Udanis berkata, setiap kempen melawat Malaysia selama ini juga telah terbukti berjaya dalam meningkatkan jumlah pelancong antarabangsa ke negara ini.
"Ramai di media sosial merungut mengenai logo Tahun Melawat Malaysia 2020 tetapi bagi pendapat saya, mencipta satu logo yang sesuai adalah sangat subjektif.
"Seperti satu karya lukisan, tidak ada logo yang betul atau logo yang salah. Ada yang suka sesuatu logo tapi ada juga yang tidak suka sebab masing-masing mempunyai cita rasa sendiri.
"Paling penting adalah mesej yang sangat terang dari logo ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Uzaidi menambah, kritikan sama pernah berlaku semasa Korea Tourism membuat logo Sparkling Korea oleh rakyat mereka namun kempen itu akhirnya berjaya.
"Serupa juga dengan Italy Tourism yang menerima komen huruf 'T' seolah alat sulit lelaki yang tidak bermaya, tetapi sekarang sudah terbukti berjaya.
"Logo adalah sangat subjektif. Logo Ikea misalnya terlalu ringkas sehingga dianggap tidak ada kreativiti tetapi berjaya diingat oleh ramai orang," katanya.
Di kalangan netizen, ada yang mempersoalkan kualiti rekaan grafik VMY2020 yang dianggap kurang memuaskan.

Visit Malaysia Year 2020 promotion campaign was officially launched just now in conjunction with ASEAN Tourism Forum (ATF) 2018 at Chiang Mai, Thailand. Travel.Enjoy.Respect #VMY2020 #MalaysiaTrulyAsia #SayangMalaysia pic.twitter.com/T4jbn8zwDH

— Tourism Malaysia (@TourismMalaysia) January 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Yes. Agreed that #VMY2020 logo is ugly and I facepalm everytime I see it. But, your substitute logos aren that good either. They lack substance, research and weight. Don forget tourism icons and trademarks.

— Ed Junaidi (@edjunaidi) January 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Logo #VMY2020 adalah satu jenaka untuk negara. Adakah kita ketandusan idea? Kekontangan pengiat seni?

— KEEM (@keemmazni) January 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lepas ni sure kluar tweet pasal alternative logo utk Tahun Melawat Malaysia 2020.

— Kamal Kamaruzaman (@mkamalkzaman) January 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Logo tersebut dilancarkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pada Jumaat lalu di Forum Pelancongan Asean 2018 di Chiang Mai, Thailand.
Ia memaparkan ilustrasi orang utan berkaca mata hitam memeluk Monyet Belanda, bayangan Menara Berkembar Petronas dan penyu di pantai yang juga memakai cermin mata hitam.
Logo itu memaparkan slogan "Travel. Enjoy. Respect".
Menurut Nazri, ia selaras dengan aspirasi Organisasi Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO).
Uzaidi yang juga Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) berkata, Tahun Melawat Malaysia 2020 adalah kempen yang kelima dianjurkan kerajaan selama ini.
"Logo Tahun Melawat Malaysia 1990 dan Tahun Melawat Malaysia 1994 menggunakan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai elemen dalam logo.
"Logo Tahun Melawat Malaysia 2007 menggunakan Bunga Raya sebagai elemen menandakan negara menyambut 50 tahun kemerdekaan, sementara logo Tahun Melawat Malaysia 2014 melambangkan negara yang mempunyai festival yang menarik.
"Oleh itu, tibalah masa kita menekankan beberapa elemen yang boleh menarik pelancong antarabangsa seperti bangunan KLCC, orang utan dan penyu," ujarnya.
Jelasnya lagi, slogan kali ini juga memberi pelancong antarabangsa satu keseronokan melancong di Malaysia di samping menghormati kebudayaan dan ekosistem negara.
"Nazri rajin memasarkan negara di pasaran pelancongan antarabangsa," katanya, memetik peranan menteri itu ketika mengetuai delegasi negara di pameran antarabangsa seperti di ITB Berlin, FITUR Madrid dan World Travel Mart London.
Nazri akan berjumpa seberapa ramai penggiat industri pelancongan antarabangsa dan juga media antarabangsa, tambahnya.
"Beliau sangat arif dalam pasaran pelancong antarabangsa, oleh itu saya sangat yakin dengan pemilihan beliau untuk menggunakan logo yang sesuai bagi Tahun Melawat Malaysia 2020," katanya.
#MITA #MTC #Nazri Aziz #pelancongan #Uzaidi Udanis
;