Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memperkenalkan logo baharu blog beliau, NajibRazak.com, yang mencerminkan lima prinsip pentadbiran kerajaan yang berfungsi sebagai penunjuk arah dalam memacu negara kepada kejayaan sejak 2009.
Beliau berkata lima prinsip itu adalah ekonomi, global, berwawasan, rakyat di hati dan penyampaian atau 'delivery'.
Menjelaskan prinsip pertama iaitu ekonomi, Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan di bawah pimpinannya memberi banyak fokus ke arah memastikan ekonomi negara terus kukuh dan berdaya saing.
"Antara langkah pertama yang saya lakukan sebagai Perdana Menteri adalah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi memacu transformasi dan pertumbuhan ekonomi negara.
"Semenjak itu, ekonomi Malaysia telah melangkah tapak demi tapak lebih kukuh, dan kita berjaya mengharungi ketidakstabilan ekonomi dunia hasil perancangan teliti kerajaan dan kesanggupan kita melaksanakan apa yang perlu dan bukan apa yang popular," katanya menerusi entri terbaharu blog NajibRazak.com pada Selasa.
Mengenai prinsip global, Datuk Seri Najib berkata Malaysia berterusan mempunyai pengaruh yang kuat di persada antarabangsa menerusi dasar dan pendekatan yang dilaksanakan.
Antara lain, Malaysia berjaya dipilih sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi tempoh 2015 hingga 2016, memainkan peranan penting dalam isu kemanusiaan global seperti isu Rohingya dan Palestin selain terus menjalinkan hubungan baik dengan hampir kesemua negara di dunia.
"Hasil daripada hubungan baik ini, kita berjaya meningkatkan pelaburan asing ke Malaysia, menambah kuota haji, dan bermacam-macam lagi," kata beliau.
Bagi prinsip ketiga iaitu berwawasan, perdana menteri berkata para pemimpin negara sentiasa perlu memikirkan dan melaksanakan yang terbaik bukan sahaja ketika mengetuai negara, tetapi lebih daripada itu, untuk generasi dan waris negara di masa hadapan.
"Lantas, kita memperkenalkan Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk kita merencana bukan sahaja apa yang perlu dilakukan, tetapi juga bagi mendengar aspirasi dan harapan rakyat mengenai masa depan Malaysia yang kita cintai ini," kata beliau.
Mengenai prinsip rakyat di hati pula, Najib berkata beliau sering menekankan bahawa segala yang dilakukan perlulah mengambil kira kepentingan rakyat.
"Rakyat perlu sentiasa didahulukan. Program Transformasi Kerajaan diperkenalkan berdasarkan kepada hasrat dan keinginan rakyat.
"Kita juga mengambil langkah seperti memansuhkan subsidi pukal dan memperkenalkan subsidi bersasar, mengambil kira pandangan serta pendapat rakyat seperti dalam pembentukan bajet tahunan dan juga dalam TN50 yang mengguna pakai pendekatan 'bottom-up' serta banyak lagi," jelas beliau.
Perdana Menteri turut menarik perhatian bahawa segala yang dirancangkan oleh kerajaan, ia perlulah disertai dengan 'delivery' atau penyampaiannya.
"Alhamdulillah, di bawah kerajaan Barisan Nasional, telah berjaya "deliver" kepada rakyat hampir kesemua yang dijanjikan, daripada perumahan, projek-projek berimpak tinggi yang berteraskan kepentingan rakyat atau InfraRakyat, penyampaian kepada rakyat melalui perkhidmatan awam, kesihatan, pendidikan dan banyak lagi.
"Insya-Allah, saya, kabinet dan Kerajaan Barisan Nasional akan terus berpegang kepada 5 Prinsip ini untuk terus memimpin Malaysia ke arah mencapai bukan sahaja impian dan cita-cita, tetapi untuk masa depan yang lebih gemilang dan cemerlang buat rakyat Malaysia kesemuanya," kata Datuk Seri Najib.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2017
Lima prinsip itu adalah ekonomi, global, berwawasan, rakyat di hati dan penyampaian atau 'delivery'.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Penggodam disokong China sasar infrastruktur kritikal AS
Syarikat itu berkata organisasi yang terjejas oleh kempen berniat jahat itu antara lain termasuk maritim, kerajaan dan teknologi maklumat.
Isu asal usul COVID-19 dipolitikkan - Tinjauan CGTN
Hasil tinTjauan kumpulan pemikir China Global Television Network (CGN) mendapati bahawa 80 peratus responden berpendapat usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 dicemari politik.
"Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan" - Amitabh Bachchan
Bintang Bollywood Amitabh Bachchan kini dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di India.
Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.
Penulis blog 'Big Dog' meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian Zakhir, 52, dikongsi oleh beberapa pengguna media sosial di laman Facebook Allahyarham, sebentar tadi.
Undang-undang diguna untuk sesuatu yang tidak demokratik, adil - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa undang-undang ketika ini digunakan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak demokratik dan adil.
'Tinggal saya seorang, saya kesunyian' - Tun M luah rasa sedih atas pemergian sahabat
Ahli Parlimen Langkawi berkata beliau dan Khalid bersama selepas tamat Perang Dunia Kedua.
Isu kuarantin: Khairuddin nafi ke Belanda, beri amaran saman pemfitnah
Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan dakwaan kononnya beliau pergi ke Belanda ketika lawatannya ke Turki semasa PKPP.
Malaysia mungkin jadi negara perasuah jika jenayah itu terus dipandang ringan - Tun M
Apabila ramai yang anggap rasuah bukan sebagai satu jenayah yang buruk, maka ia akan berkembang sehingga menjadi amalan seluruh masyarakat.
Lebih 50 peratus rakyat Malaysia percaya melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP
Nancy berkata, daripada tinjauan itu, sebanyak 50.9 peratus responden mempercayai bahawa melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP.