'Lockdown' Selangor? Laporan berkait Dr Dzulkefly separa tepat, nyawa lebih utama - MB Selangor
Harits Asyraf Hasnan
Mei 19, 2021 17:41 MYT
Mei 19, 2021 17:41 MYT
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Amirudin Shari hari ini tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan berkenaan laporan kononnya Selangor enggan melaksanakan 'lockdown' atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat.
Menteri Besar Selangor itu berkata, laporan mengenai kenyataan Pengerusi Selangor Task Force COVID-19, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Rabu yang mendakwa kerajaan Selangor menolak lockdown adalah separa tepat.
"Jadi saya kira saya perlu menjernihkan isu tentang kemungkinan kita menolak atau tidak setuju (PKP yang lebih ketat), sebab perkara ini masih di peringkat berbincangan.
"Sekali lagi, kuasa pengumuman serta langkah-langkah PKP dan sebagainya masih tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan di mana kerajaan negeri turut dipanggil untuk memberi pandangan secara menyeluruh," katanya dalam sidang media pada Rabu.
Perlu holistik, menyeluruh sekiranya 'lockdown' - MB Selangor
Tegas beliau, nyawa rakyat kekal menjadi keutamaan kerajaan negeri itu pada masa sama mengimbangi kehidupan rakyat serta ekonomi.
"Namun begitu, kerajaan negeri Selangor sememangnya memandang serius keutamaan kita untuk menjaga kesihatan dan unsur kehidupan masyarakat.
"Bagaimana ingin kita kembali kepada istilah yang sangat indah iaitu mengimbangi nyawa dan kehidupan.
"Namun, jika kita ditawarkan antara dua tawaran ini atau dua pilihan ini, saya kira, untuk menjaga nyawa sebagai keutamaan paling penting," katanya.
[TERKINI] Sidang Media Khas Menteri Besar Selangor I 19 Mei 2021
Dr Dzulkefly dalam satu sidang media berasingan pada Rabu memaklumkan PKP tidak perlu dilaksanakan berikutan kadar kebolehjangkitan di Selangor masih rendah berbanding negeri lain seperti Kelantan dan Pahang.
Kita mahu 'lockdown' yang lebih bersasar, efektif dan berkesan
Katanya, pasukannya dan kerajaan Selangor berada dalam tahap baik menguruskan wabak berkenaan.
Adakah Selangor gagal?
Malah, katanya, pelaksanaan PKP secara menyeluruh juga akan menjejaskan ekonomi negeri terutamanya peniaga kecil.
#PKP
#Amirudin Shari
#Pelaksanaan PKP
#COVID-19
#Menteri Besar
#kesihatan
#ekonomi
#peniaga
#Dr Dzulkefly Ahmad