LLB pula umum kenaikan tol berkuatkuasa Khamis

Astro Awani
Oktober 13, 2015 12:48 MYT
Semalam 17 lagi pengendali lebuhraya mengumumkan kenaikan tol. - Gambar Hiasan
Selepas beberapa lebuh raya sekitar Lembah Klang umum kenaikan tol semalam, hari ni satu lagi syarikat konsesi mengikut langkah sama.
Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dalam satu kenyataan memaklumkan kadar tol di plaza kendaliannya naik antara 10 sen dan RM1.60 berkuatkuasa Khamis ini.
Pengurus Besar LLB, Adnan Ariffin berkata, kadar baru tol bagi kelas pertama di Plaza Tol Perai, adalah RM1.50 berbanding RM1.30, kelas kedua RM3.00 berbanding RM2.60, dan kelas tiga RM4.50 berbanding RM3.60.
Di Plaza Tol Bagan Ajam, kadar tol bagi kelas pertama adalah RM1.50 berbanding RM1.20, kelas kedua RM3.00 berbanding RM2.60 dan kelas tiga RM4.50 berbanding RM3.60.
Sementara di Plaza Sg Nyior, kadar baru tol bagi kelas pertama adalah RM1.20 berbanding 70 sen, kelas kedua RM2.40 berbanding RM1.00 dan kelas tiga RM3.60 berbanding RM2.00.
Semalam 17 lagi pengendali lebuhraya mengumumkan kenaikan tol.
INFOGRAFIK: Kadar baharu tol bagi 17 lebuh raya
#Adnan Ariffin #Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth #LLB #tol
;