MODEL kecerdasan buatan (AI) terkini Llama 3.2 telah diumumkan oleh Meta pagi semalam bukan sahaja mempunyai jumlah parameter yang lebih besar, tetapi turut mempunyai kemampuan memahami gambar dan hadir dalam versi yang boleh dijalankan terus pada sebuah peranti mudah alih.


Ringkasan AI
  • Llama 3.2 diumumkan dengan jumlah parameter yang lebih besar dan kemampuan memahami gambar.
  • Terdapat dalam versi 90B, 11B, 3B, dan 1B. Versi 90B dan 11B adalah yang paling berkuasa dengan 90 bilion parameter, manakala 3B dan 1B hanya memahami teks.
  • Llama 3.2 boleh memahami konteks gambar dan memproses dokumen yang mengandungi teks dan imej dengan lebih tepat.
  • Model ini juga boleh dijalankan terus pada peranti mudah alih seperti telefon pintar.


Llama 3.2 hadir dalam versi 90B, 11B, 3B dan 1B. Llama 3.2 90B dan 11B ialah dua model yang paling berkuasa dengan ia dilatih menggunakan 90 bilion parameter.

Ia adalah AI multimodal yang. memahami konteks gambar yang dimuat naik pengguna.

Sebagai contoh sekiranya gambar carta jualan tahunan dikongsi, ia boleh memberikan jawapan bilakah jualan tertinggi ataupun paling rendah berlaku.

Kemampuan multimodal membolehkan dokumen yang mengandungi teks dan imej diproses dengan lebih tepat.

Llama 3.2 3B dan 1B adalah dua model yang hanya memahami teks sahaja pada ketika ini.

Saiznya yang kecil membolehkannya dipasang dan dijalankan terus pada peranti mudah alih seperti telefon pintar.

Meta mengatakan kedua-dua model kini sedia disokong pada cip keluaran Qualcomm dan MediaTek. -Amanz