KUANTAN: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan mengaktifkan pasar bergerak di bawah agensinya ke lokasi terkesan banjir di seluruh negara yang menawarkan diskaun pembelian sehingga 30 peratus.
Pengerusinya Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata inisiatif itu diambil sebagai satu alternatif untuk membantu meringankan beban mangsa terkesan banjir, selain menerusi pemberian bakul makanan secara percuma.
"Setakat ini, kami mempunyai lapan pasar bergerak yang akan dibuka di 160 lokasi berlainan bermula 9 pagi hingga 6 petang. Inisiatif ini bukan hanya membantu pengguna malah golongan nelayan turut mendapat manfaat terutama yang terjejas banjir," katanya.
Syed Abu Hussin Hafiz berkata demikian pada sidang media selepas Program Ziarah Prihatin Pasca Banjir ke LKIM Pahang di Wisma LKIM Pahang di sini pada Isnin, yang turut dihadiri Ketua Pengarahnya Yusuff Othman.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata setakat ini, 277 nelayan di Selangor, Pahang dan Melaka menjadi mangsa banjir dengan anggaran kerugian RM2 juta meliputi kemusnahan harta benda dan peralatan menangkap ikan.
"Kami akan membantu mereka menerusi bantuan tunai sebanyak RM500 hingga RM1,000 setiap orang manakala melalui tabung bencana mereka layak menerima sehingga RM10,000 untuk memulakan penghidupan baharu," katanya.
Syed Abu Hussin Hafiz berkata nelayan terlibat juga boleh menyertai Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang memperuntukkan RM80 juta untuk bantuan meliputi hasil perikanan, ternakan akuakultur, industri makanan dan asas tani serta agropelancongan.
Selain itu, beliau berkata 63 kakitangan LKIM turut terkesan banjir dan bantuan segera termasuk bantuan tunai diberikan kepada mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022
Inisiatif itu diambil sebagai satu alternatif untuk membantu meringankan beban mangsa terkesan banjir. -Bernama
Lima tentera India maut selepas kenderaan terjunam dalam gaung di Kashmir
Sekurang-kurangnya lima tentera India maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung.
Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
Stok bekalan ikan negara untuk musim tengkujuh mencukupi
LKIM meminta peniaga tidak ambil kesempatan naikkan harga hasil laut terutamanya ikan ketika musim MTL yang djangka bermula November ini hingga Mac tahun depan.
MAHA 2024: Nelayan hero negara, kerajaan komited bela kebajikan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa memastikan kebajikan nelayan terus terbela.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Nelayan Perlis bakal wujud stesen minyak mudah alih
Stesen minyak mudah alih yang bakal diwujudkan PELARIS dijangka membantu meningkatkan pendapatan persatuan itu.
LKIM lulus bina 257 rumah nelayan tahun ini
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meluluskan pembinaan 257 unit rumah nelayan di seluruh negara menerusi Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) tahun ini.
Belanjawan 2024: LKIM laksana libat urus kenal pasti masalah, keperluan nelayan
Ia bagi mengenal pasti masalah dan keperluan infrastruktur industri perikanan untuk permohonan Belanjawan 2024.
LKIM perkenal satu persatuan, satu produk bantu tingkat ekonomi nelayan
LKIM memperkenalkan projek satu persatuan nelayan, satu produk sebagai usaha meningkatkan ekonomi dan membasmi kemiskinan dalam kalangan nelayan.
LKIM perkenal pasar nelayan bergerak
LKIM memperkenalkan projek pasar nelayan bergerak sebagai salah satu usaha meningkatkan ekonomi nelayan dan membantu rakyat membeli ikan segar, pada harga yang lebih rendah.
Salah guna bantuan, nelayan berdepan tindakan tegas - LKIM
Nelayan yang dikesan menyalahgunakan bantuan yang diberikan kerajaan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk pembatalan sebagai ahli persatuan.
Kerajaan Pulau Pinang peruntuk bantuan pukat RM1.614 juta untuk nelayan tahun ini
Bantuan pukat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada semua nelayan yang berlesen di negeri itu meningkat kepada RM1.614 juta pada 2023 berbanding RM959,600 pada tahun lepas.