Liwat anak saudara 11 tahun, dipenjara 16 tahun
Astro Awani
Disember 20, 2017 17:41 MYT
Disember 20, 2017 17:41 MYT
Seorang pembantu hospital dihukum penjara 16 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah meliwat anak saudara perempuannya yang berusia 11 tahun.
Mahkamah Sesyen Kota Bharu membuat penghakiman itu ke atas tertuduh yang berusia 32 tahun selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu operasi di sebuah hospital, didapati bersalah meliwat mangsa pada Februari hingga Mei tahun lepas, di sebuah rumah di Jalan Bayam, Kota Bharu pada jam 9 malam.
Dia didapati melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun penjara serta dikenakan sebatan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pedakwa Raya, Siti Hajar Alias.