Litupan awan berkurangan punca suhu cuaca naik
Astro Awani
Jun 19, 2013 10:20 MYT
Jun 19, 2013 10:20 MYT
Malaysia kini dilanda cuaca panas dan kering. Fenomena kemarau ini telah memburukkan lagi keadaan jerebu yang melanda seluruh negara khususnya Lembah Kelang.
Menurut Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, cuaca panas yang sedang melanda ini adalah akibat monsun barat daya yang berlangsung dari pertengahan Mei lalu dan dijangka akan berlarutan sehingga bulan September ini.
“Litupan awan berkurangan dan akibatnya peningkatan suhu cuaca berlaku,” kata Muhammad Helmi.
Laporan selanjutnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.