PETALING JAYA: Komited meningkatkan literasi digital dan pendidikan golongan B40, Taylor’s University dengan kerjasama Persatuan Integrasi Usahawan Selangor (PIUS) melancarkan Makmal Komputer DuckiePi di Pusat Komersial NZX, Petaling Jaya, di sini, baru-baru ini.
Ia merupakan usaha berterusan pihak universiti bagi mengurangkan kesulitan golongan tersebut untuk mengikuti kelas secara dalam talian dan mengakses sumber-sumber pembelajaran selain bakal memberi manfaat kepada komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 dan 2.
Makmal komputer itu turut dilengkapi peranti pembelajaran DuckiePi yang dibangunkan para pelajar di bawah projek Taylor’s Me.reka Makerspace (TMM) melalui ekosistem Taylor’sphere.
Ia dijana oleh Raspberry Pi, sebuah komputer tunggal bersaiz kad kredit serta fungsi aplikasi Zoom, Google Suites, mikrofon dan kamera.
Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata, sumbangan peranti berkenaan dapat memastikan anak-anak mereka tidak tercicir dalam pembelajaran serta mempelajari pengetahuan baharu.
“Saya rasa inisiatif ini diperlukan kerana selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita dapat menyaksikan ramai pelajar tidak mempunyai peranti yang lengkap dan mencukupi, tiada data, dan terpaksa berkongsi bagi mengikuti pembelajaran secara maya.
“Melalui peranti pembelajaran DuckiePi ini, ia amat menarik kerana para pelajar boleh untuk membawanya ke mana-mana sahaja. Adalah penting untuk pendidikan dapat dicapai oleh semua orang, terutama anak-anak ini yang tertinggal dalam pembelajaran mereka semasa pandemik.
“Ini juga akan memperkasa anak-anak dengan memberikan mereka peluang meraih pengetahuan dan memastikan pembelajaran mereka tidak terhenti,” katanya ketika majlis pelancaran Makmal Komputer DuckiePi di Pusat Komersial NZX, Petaling Jaya, di sini.
Hadir sama, Pro Naib Canselor (Penyelidikan dan Perusahaan) Taylor’s University, Profesor Madya Dr Anthony Ho Siong Hock; Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya Zon 4, Anwar Nekhan dan Pengerusi PIUS, Anuar Salleh Kamarulzaman.
Sementara itu, Pengarah Bersama TMM, William Koong berkata, pihaknya turut menganjurkan program Me.reka Belia bagi memperkasa belia dan bakal usahawan golongan berkenaan melalui kemahiran digital dan web.
“Me.reka Belia ialah program yang mana kita akan memberi tunjuk ajar kepada komuniti ini tentang cara untuk menjana pendapatan melalui internet.
“Seterusnya, kita mengajarkan mereka tentang cara menggunakan aplikasi Zoom, Google Drive, e-mel termasuk Canva untuk mereka mencipta poster yang mana dilihat amat penting untuk perniagaan dalam talian. Ini manfaat terbaik buat mereka.
“Selain itu, kita juga amat mengalu-alukan mereka untuk meneruskan pembelajaran daripada literasi digital kepada menjadi usahawan digital sama ada dengan membuka perniagaan sendiri, separa perniagaan atau menjadi aktivis untuk menolong komuniti yang lain,” katanya.
Sehingga kini, sebanyak 158 peranti pembelajaran DuckiePi telah disumbangkan kepada keluarga kurang bernasib baik dan pusat-pusat komuniti di seluruh negara melibatkan dana kira-kira lebih RM70,000.
Ehsan A Marisah
Mon Dec 20 2021
Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah (tiga dari kiri) ketika merasmikan Makmal Komputer DuckiePi di Pusat Komersial NZX, Petaling Jaya, baru-baru ini. - Foto Taylor's University
Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airlines
Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa.
Israel nekad hapuskan pemimpin dan ahli kumpulan Houthi
Perdana Menteri Israel menegaskan pihaknya akan terus memburu semua pemimpin dan ahli kumpulan Houthi di Yaman sebagai balasan mengganggu keamanan dan ketenteraman negara haram Israel.
Pejuang Houthi didakwa lancar peluru berpandu ke arah Israel
Pejuang Houthi bertindak melancarkan peluru berpandu dari Yaman ke arah Israel. Bagaimanapun Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pihaknya berjaya memintas peluru berpandu tersebut.
Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik yang jejaskan orang ramai - PM Anwar
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Serangan Israel ke atas Yaman hanya tingkatkan ketegangan
Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas Yaman.
Enam terkorban dalam serangan Israel ke atas Yaman
Enam dilaporkan maut setakat ini akibat serangan rejim Zionis ke atas beberapa fasiliti yang dikaitkan dengan pejuang Houthi di Yaman. Agensi Berita Saba yang dikawal Houthi melaporkan tiga terbunuh dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa dan tiga lagi terbunuh di Hodeidah.
Parti Demokratik akan teruskan usul pemecatan Han Duck Soo
Pemimpin Parti Pembangkang Utama Korea Selatan, Parti Demokratik (DP) menegaskan pihaknya akan meneruskan usul pemecatan terhadap Perdana Menteri dan Pemangku Presiden Han Duck Soo.
Menteri Kewangan gesa pembangkang pertimbang usul pemecatan
Menteri Kewangan Korea Selatan Choi Sang-Mok menggesa parti pembangkang, Parti Demokratik (DP) menarik balik usul pemecatan terhadap Perdana Menteri Korea Selatan dan Pemangku Presiden Han Duck-Soo.
Selangor sasar transaksi RM11.7 bilion sempena Tahun Melawat Selangor 2025
Kerajaan Selangor menyasarkan potensi nilai transaksi RM11.7 bilion melalui Tahun Melawat Selangor 2025, kata Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Datuk Ng Suee Lim.
[TERKINI] Hukuman 6 sebatan di khalayak ramai selesai dalam tempoh 2 minit
Nur Fazlizai Ali bawakan perincian proses sebatan di khalayak membabitkan pesalah khalwat berulang di Terengganu.
Taylor's, universiti swasta terbaik di Malaysia
Taylor's University kini setaraf universiti-universiti terbaik di dunia setelah menduduki tangga ke-379 global bagi senarai siri QS World University Ranking 2021.