Lirik lagu Happy dalam pelbagai bahasa, dialek

Astro Awani
September 17, 2015 15:37 MYT
Antara personaliti yang terlibat menjayakan kempen video oleh Yayasan Inovasi sempena Hari Malaysia.
Pernah anda terfikir ada berapakah bahasa yang dipertuturkan di Malaysia?
Percaya atau tidak jika terdapat lebih 138 bahasa atau dialek yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia setiap hari.
Sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini, demi melafazkan rasa cinta kita kepada negara, Yayasan Inovasi Malaysia mengajak personaliti tanah air untuk menyampaikan lirik lagu "Happy" oleh Pharrel Williams dalam bahasa dan dialek masing-masing.
Antara personaliti terpilih termasuk penyampai radio popular Fara Fauzana, pelakon Sazzy Falak, Nabil, Imam Muda Asyraf, penyampai berita Astro AWANI Malissa Sahari dan Hakim Rahman.
Kongsikan bahasa dan dialek anda pula dan sama-sama kita menyebarkan rasa cinta kita kepada Malaysia.
#Hari Malaysia #Yayasan Inovasi
;