Liow Tiong Lai presiden MCA baru, Wee Ka Siong timbalan

Astro Awani
Disember 21, 2013 20:08 MYT
Liow (tengah) meraih kejayaan bersama timbalan baharunya Wee (kanan) pada Sabtu. -- fotoBERNAMA
Ahli Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai diumumkan memenangi jawatan Presiden MCA menewaskan dua pencabarnya, Gan Ping Sieu dan Datuk Seri Ong Tee Keat.
Liow memperolehi 1,186 undi manakala Gan memperolehi 1,000 undi sementara Ong cuma mendapat 160 undi.
Sementara Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Wee Ka Siong diumumkan sebagai timbalan presiden MCA yang baharu selepas mengalahkan pesaingnya Datuk Donald Lim Siang Chai dalam pertandingan satu lawan satu dengan mendapat 1,408 undi. Lim memperolehi 927 undi.
Bagi jawatan naib presiden, keputusan berpihak kepada Datuk Lee Chee Leong (1,642 undi), Datuk Hou Kok Chung (1,475) Datuk Chua Tee Yong (1,343) dan Datin Paduka Chew Wei Fun (1,230).
Sembilan calon bertanding merebut empat kerusi untuk jawatan naib presiden MCA.
Bagi kerusi jawatankuasa pusat, ia telah diisi oleh 25 calon yang mendapat undi tertinggi daripada 58 calon bertanding.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Speaker MCA, Datuk Yik Phooi Hoong.
#Chew Mei Fun #Chua Tee Yong #Gan Ping Sieu #Hou Kok Chung #Lee Chee Leong #Lim Siang Chai #Liow Tiong Lai #MCA AGM #Ong Tee Keat #Wee Ka Siong
;