Lima tumpuan utama kenyataan media KKM 29 April
Astro Awani
April 29, 2021 19:00 MYT
April 29, 2021 19:00 MYT
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesan sebanyak 12 lagi kluster baharu di negara ini melibatkan komuniti, pendidikan, tempat kerja dan keagamaan.
Empat membabitkan kluster komuniti, tiga membabitkan kluster pendidikan, tiga melibatkan kluster tempat kerja dan dua lagi merupakan kluster keagamaan.
Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media KKM pada 29 April 2021:
1) 3,332 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif terkini 404,925 kes
2) 1,943 kes sembuh, dengan jumlah dengan kumulatif 375,340 kes
3) 15 kes kematian, dengan jumlah kumulatif 1,492 kes
4) 12 kluster baharu direkodkan
5) Empat kluster diisytiharkan tamat