Lima tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini

Astro Awani
Januari 5, 2021 17:08 MYT
Ismail berkata, PKPD di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar dilanjutkan bermula 7 sehingga 20 Januari 2021. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Hari ke-210 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mencatatkan 152 individu ditahan pada Isnin atas kesalahan ingkar arahan PKP.
Berikut adalah lima tumpuan sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung perkembangan PKPP.
1) PKPD di Apartment Amber Court di Jalan Genting, Bentong dan PKPD di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar dilanjutkan bermula 7 sehingga 20 Januari 2021.
2) PKPD di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar dilanjutkan bermula 7 sehingga 20 Januari 2021.
3) Operasi Benteng telah berjaya menahan 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas empat buah kenderaan darat dan tiga bot/kapal. Sebanyak 109 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan.
4) Seramai 7,805 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 540 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 89,941 individu telah dibenarkan pulang.
5) Lebih 26.3 juta (26,334,428) pengguna telah memuat turun dan mengaktifkan MySejahtera manakala lebih 1.4 juta (1,405,561) premis perniagaan telah mendaftar dengan aplikasi ini.
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan & Bersyarat (PKPP/PKPB) - 5 Jan 2021
#PKP #PKPD #menteri #operasi #pati #PKPP #SJR
;