Lima tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini
Astro Awani
November 16, 2020 17:12 MYT
November 16, 2020 17:12 MYT
KUALA LUMPUR : Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja sebuah kilang di Klang selepas kes COVID-19 di kawasan itu mencecah tiga angka setakat 15 November 2020.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah itu akan berkuat kuasa bermula Selasa, 17 November 2020 dan tamat pada 30 November 2020.
Berikut adalah lima perkara penting sidang media Ismail Sabri pada Isnin, 16 November 2020:
1) PKPD di Asrama Pekerja Top Glove, Klang, Selangor berkuat kuasa Selasa, 17 November 2020 sehingga 30 November 2020.
2) Penamatan PKPD Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu, Penjara Kepayan dan Kuarters Penjara Taman Mat Salleh Kampung Matambai di Sabah pada 16 November 2020.
3) Penamatan PKPD Di Institut Latihan KKM, Johor Bahru pada 16 November 2020 namun masih tertakluk kepada PKPB.
4) PDRM telah menahan 463 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP. Daripada jumlah itu, seramai 427 individu telah dikompaun manakala 36 direman.
5) Op Benteng telah berjaya menahan 28 PATI dan 2 tekong dalam operasi yang diadakan di seluruh negara.
#PKPD
#PDRM
#SOP
#KKM
#ismail sabri yaakob
#Kota Kinabalu
#pati
#penjara
#PKPB
#perintah kawalan pergerakan
#COVID-19
#Klang
#asrama pekerja
#kilang
#asrama
#asrama lelaki
#asrama wanita