Lima tumpuan sidang media Ismail Sabri, 24 Disember 2020

Astro Awani
Disember 24, 2020 17:52 MYT
ISMAIL: Seramai 567 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada 12,838 anggota telah melakukan 48,111 pemeriksaan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKPP di seluruh negara.
Berikut adalah lima tumpuan sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Khamis (24 Disember 2020).
1) Seramai 169 individu ditahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kesemuanya dikompaun.
2) Op Benteng telah berjaya menahan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas tujuh buah kenderaan darat.
3) Sebanyak 110 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan di seluruh negara.
4) Penguat kuasa CIDB lakukan pemeriksaan di 25 tapak binaan di seluruh negara.
.
5) Seramai 567 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara.
#ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan diperketat #PKPD #PKPP #PKPB #PKP
;