Lima tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan 9 April
Astro Awani
April 9, 2021 18:30 MYT
April 9, 2021 18:30 MYT
KUALA LUMPUR: Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 66,321 pemeriksaan, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, seramai 3,576 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,604 anggota telah membuat pemantauan di 4,470 pasar raya, restoran (5,515), kilang (2,269), bank (3,983), pejabat kerajaan (970) dan penjaja (2,868).
Katanya, turut dipantau ialah pasar awam dan pasar tani (2,332), tempat ibadah (3,360), tempat riadah (1,775), terminal pengangkutan darat (1,416), terminal pengangkutan air (316) dan terminal pengangkutan udara (110).
Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri Yaakob pada 9 April:
1) PKPD di Lokap Tahanan PATI Kompleks KDN Setia Tropika, Johor Bahru, Johor tamat 10 April
2) PKPD di Lokap Tahanan PATI, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, Johor tamat 10 April
3) 94 individu ditahan ingkar SOP, 93 dikompaun, seorang direman.
4) 256 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilakukan pada 8 April
5) Pada 8 April, 421 warga asing jalani ujian saringan, seorang positif COVID-19.