KUALA LUMPUR:Seramai 131 individu ditahan kerana melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara yang dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam satu kenyataan media, Ismail menjelaskan 311 individu daripada 329 individu yang ditahan telah dikompaun manakala lima individu pula direman.

Ini lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada Selasa, 24 November 2020:

1) 329 individu ditahan kesalahan ingkar arahan PKP, 311 individu telah dikompaun manakala lima individu pula direman.

2) Operasi Benteng telah berjaya menahan 88 pendatang asing tanpa izin (PATI), lima tekong serta merampas 13 kenderaan darat.

3) 261 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan.

4) 73,713 individu telah pulang ke tanah air ditempatkan di 76 Hotel dan 18 Institut Latihan Awam (ILA)

5) kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah melakukan 895 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP