Lima rumah musnah dalam kebakaran di Tumpat

Vivi Sumanti
April 9, 2022 17:02 MYT
Tiga dari rumah yang struktur binaannya dari kayu hangus sepenuhnya manakala dua rumah lagi terbakar dengan anggaran antara 50 hingga 70 peratus. - Foto JBPM
TUMPAT: Lima buah rumah musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Keretapi Dalam Rhu, Tumpat, Kelantan petang tadi.
Tiga rumah yang struktur binaannya diperbuat daripada kayu hangus sepenuhnya manakala dua rumah lagi terbakar dengan anggaran antara 50 hingga 70 peratus.
Ketua Zon Kota Bharu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Bomba, Suhaimi Mahmood, bagaimanapun berkata kesemua penghuni dalam rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang tadi.
Laporan awal Bilik Gerakan Operasi Bomba, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu sekitar jam 1.43 petang.
"Empat jentera bersama 22 orang anggota tiba dilokasi kejadian sekitar jam 2.01 petang.
"Kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh kurang 40 minit dan berjaya menyelamatkan dua buah rumah bersebelahan dari hangus sepenuhnya." katanya lagi.
"Rumah separuh kekal dengan struktur binaan kayu dan dalam keadaan rapat antara satu dan lain," katanya dalam satu kenyataan.
#kebakaran #Tumpat #rumah hangut #bomba
;