Lima rumah hangus terbakar di Kampung Baru Salak Selatan
Afiezy Azaman
Mac 24, 2023 09:03 MYT
Mac 24, 2023 09:03 MYT
KUALA LUMPUR: Lima buah rumah musnah dala kebakaran yang berlaku Jalan 18, Kampung Baru Salak Selatan, ibu negara, awal pagi Jumaat.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihaknya
menerima panggilan kecemasan pada 5.31 pagi.
"Seramai 46 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, BBP Sungai Besi, BBP Hang Tuah bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, anggota mendapati kebakaran melibatkan lima buah rumah jenis separa kekal.
"Pasukan bomba turut menghadapi cabaran apabila tekanan air yang rendah sekali gus menyukarkan pemadaman.
"Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal pada 6.35 pagi," katanya dalam kenyataan yag dikeluarkan, hari ini.
PGOKL berkata, insiden itu tidak melibatkan kemalangan jiwa namun kemusnahan akibat kebakaran
dianggarkan 100 peratus.
"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," ujarnya.