Lima remaja terperangkap di Burmese Pool diselamatkan
Abd Razak Mohd Ali
September 7, 2019 20:27 MYT
September 7, 2019 20:27 MYT
Lima remaja yang terperangkap di seberang sungai di Burmese Pool, Jalan Taman Sentosa, di sini petang Sabtu, berjaya diselamatkan.
Kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 18 tahun dikatakan terperangkap kerana arus deras selepas hujan lebat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima maklumat itu pada 4.54 petang.
“Anggota menunggu kadar arus air sungai reda dan bertindak menggunakan tali dengan teknik penyeberangan sungai untuk mengambil mangsa,” katanya di sini petang Sabtu.
Menurutnya, kesemua mangsa dipakaikan jaket keselamatan dan dibawa menyeberang ke tempat selamat.
#arus deras
#bomba
#burmese pool
#hujan lebat
#JBPM
#JBPM Perak
#remaja terperangkap
#terperangkap di sungai