Lima pondok di Madrasah Diniah Bakriah terbakar
Sinar Harian
April 7, 2021 09:39 MYT
April 7, 2021 09:39 MYT
KOTA BHARU: Lima unit pondok kayu separa kekal di Madrasah Diniah Bakriah di Pasir Tumboh di sini hangus dalam satu kebakaran pada jam 2 pagi Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, El Taraff Mohd Zachariah berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 2.43 pagi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.
Menurutnya, turut terlibat dalam misi memadam kebakaran tersebut adalah pihak polis dan juga Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Pasukan Keluaran Operasi telah melakukan pemadaman secara ofensif dan berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke 12 pondok berhampiran.
"Kesemua lima unit pondok yang terlibat hampir 90 peratus musnah namun tiada kemalangan jiwa terlibat. Operasi pemadaman kebakaran tamat pada jam 4.20 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.
Berita asal: Lima unit pondok di Madrasah Diniah Bakriah terbakar
#Madrasah Diniah Bakriah
#kebakaran
#siasatan
#bomba
#polis
#operasi
#Pasir Tumboh
#hangus
#pondok kayu
#Kota Bharu