Lima perkara penting sidang media Ismail Sabri 2 Nov

Astro Awani
November 2, 2020 10:08 MYT
Op Benteng tahan 4 pendatang tanpa izin dan 1 tekong serta merampas sebuah bot dan lapan kenderaan darat. - Gambar Fail
PUTRAJAYA: Berikutan 46 individu disahkan positif selepas 1,515 melakukan saringan, kerajaan memutuskan untuk menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru bermula 3 hingga 16 November ini.
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Ismail Sabri
1- PDRM menahan 538 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu, seramai 531 individu telah dikompaun dan tujuh direman.
2- Op Benteng tahan 4 pendatang tanpa izin dan 1 tekong serta merampas sebuah bot dan lapan kenderaan darat.
3- 300 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng juga dilakukan di seluruh negara.
4- PKPD Kg. Saguking Laut & Kg. Sebor Laut, Labuan pada 3 November 2020
5- PKPD di Institut Latihan KKM Johor Bahru bermula 3 hingga 16 November.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
#Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia #COVID-19 #perintah kawalan pergerakan diperketat #PKPD #ismail sabri yaakob