Lima perkara penting kenyataan media MKN pada 9 Sept

Astro Awani
September 9, 2021 11:49 MYT
Enam lokaliti di Sabah dan Pahang dilaksanakan PKPD bermula 11 hingga 24 September. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan tiga lokaliti di Sabah membabitkan, Kampung Sungai Imam di Tawau, Kampung Kapakaan di Keningau dan Kampung Paris 3 di Kinabatangan ditamatkan PKPD bermula 10 September ini seperti dijadualkan.
Berikut lima perkara penting kenyataan media MKN pada 9 Sept:
1. PKPD dilaksanakan di enam lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Kampung Lembah Permai dan Kampung Desa Aman di Ranau, Taman Sungai Labuk di Beluran, Sekolah Henry Gurney di Keningau dan Kampung Timug Matunggong di Kudat.
2. Satu lokaliti di Pahang dilaksanakan PKPD melibatkan Kampung Kuala Koyan, Mukim Ulu Jelai di Daerah Lipis.
3. Tujuh Lokaliti di Paka, Dungun di Terengganu melibatkan Bandar Paka, Gong Cemia, Cacar Baru, Limbong, Kuala Paka, Taman Indah Permai dan Telaga Mas
4. Sementara itu, PKPD di tiga lokaliti di Sabah ditamatkan mengikut jadual.
5. Ia membabitkan Kampung Sungai Imam di Tawau, Kampung Kapakaan di Keningau dan Kampung Paris 3 di Kinabatangan.
BACA: PKPD di lima lokaliti di Sabah, satu di Pahang bermula Sabtu ini
#perintah kawalan pergerakan #PKP #PKPD #perintah kawalan pergerakan diperketat #Majlis Keselamatan Negara #MKN