Lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan 20 Dis

Astro Awani
Disember 20, 2020 10:13 MYT
Ismail Sabri turut memaklumkan sehingga 19 Dis, sebanyak 14,007 jumlah pemeriksaan telah dilakukan oleh anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan dan menyekat penularan wabak COVID-19, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) telah menjalankan Operasi Benteng (Op Benteng).
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Op Benteng ini dilakukan bagi mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi pendatang asing tanpa izin (PATI).
Berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada 20 Dis 2020.
1) PDRM tahan 672 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP, 643 dikompaun manakal 29 direman.
2) Op Benteng tahan 83 PATI, seorang tekong dan tiga kenderaan darat.
3) Anggota penguatkuasa CIDB telah membuat pemeriksaan di tujuh tapak binaan di seluruh Malaysia dan kesemua tujuh tapak binaan terbabit mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
4) Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.
5) Sebanyak 118 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan pada Sabtu (19 Dis 2020).
BACA: 672 individu ditahan ingkar arahan PKP - Ismail Sabri
#ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan #PKP #perintah kawalan pergerakan bersyarat #PKPB #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKPP