Lima perkara penting kenyataan media KKM 24 April
Astro Awani
April 24, 2021 19:18 MYT
April 24, 2021 19:18 MYT
KUALA LUMPUR: Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 768 kes (28.3 peratus) pada Sabtu.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 567 kes (73.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 570 kes (21.0 peratus) dan Kelantan sebanyak 518 kes (19.1 peratus).
Sebanyak 21 kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Choh Dua (12 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (9 kes).
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media KKM pada 24 April 2021:
1. Empat lagi varian South African B.1.351 dikenal pasti
2. 2,717 kes baharu direkodkan di seluruh negara, dengan jumlah keseluruhan 390,252 kes
3. 2,292 kes sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan terkini sebanyak 365,900 kes
4. 11 kematian dicatatkan, dengan jumlah keseluruhan 1,426 kes
5. 10 kluster baharu direkodkan
#COVID-19
#Selangor
#Sarawak
#Kelantan
#Depot Tahanan Imigresen
#DTI
#Kluster Tembok Choh Dua
#Kluster Tembok Pengkalan Chepa
#KKM