Lima perkara penting kenyataan media KKM 15 April
Astro Awani
April 15, 2021 18:47 MYT
April 15, 2021 18:47 MYT
KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 15 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan sembilan kluster tempat kerja dan enam kluster komuniti.
Selain itu, beliau juga memaklumkan terdapat 10 kes kematian pada Khamis yang melibatkan masing-masing tiga kes di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kes di Sarawak, dan masing-masing satu kes di Johor dan Sabah.
Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media KKM pada 15 April 2021.
1) 2,148 kes baharu, 367,977 kes kumulatif
2) 1,259 kes sembuh, 349,039 kes kumulatif
3) 10 kes kematian, 1,363 kes kumulatif
4) 15 kluster baharu
5) 10 kluster tamat