KUALA LUMPUR: Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 90,386 pemeriksaan pada Ahad.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ia melibatkan 4,414 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 20,108 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

1) Seramai 825 individu ditahan ingkar SOP, 810 dikompaun, 15 direman.

2) Op Benteng menangkap 17 orang Pati, rampas 5 buah kenderaan darat.

3) Op Benteng mengesan 171 bot dan kapal di perairan negara.

4) Sebanyak 957 sekatan jalan raya diadakan.

5) Seramai 856 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa.