Lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri Yaakob pada 20 Julai

Astro Awani
Julai 20, 2021 20:48 MYT
Sebanyak 159 operasi disinfeksi juga telah dilaksanakan di seluruh negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 83,215 pemeriksaan pada Isnin.
Ia melibatkan 4,339 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 19,567 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Berikut lima perkara penting kenyataan media Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (20 Julai).
1) Seramai 388 individu ditahan kerana ingkar SOP, 355 (dikompaun), 31 (direman) dan dua dijamin.
2) Op Benteng yang dijalankan turut menangkap 19 pendatang asing tanpa izin serta merampas tiga buah kenderaan darat.
3) Pada Isnin sebanyak 890 sekatan jalan raya (SJR) telah diadakan.
4) Seramai 383 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan kesemua mereka telah dikuarantin.
5) Sebanyak 159 operasi disinfeksi telah dilaksanakan di seluruh negara.
#PKP #PKPP #PKPB #PKPD #ismail sabri yaakob #Timbalan Perdana Menteri #MKN #Task Force Operasi Pematuhan #Polis Diraja Malaysia
;